Sunday, November 15, 2009

notis

Assalamualaikum.....
Untuk pengetahun semua blog ana dah berpindah pada blog baru http://maktabahdaily.blogspot.com

Monday, June 23, 2008

KEDAH MENANG LAGI
TAHNIAH DIUCAPKAN !!!!!!

Sunday, June 22, 2008

UKM DIDAKWA BUKAN LAGI TEMPAT SELAMAT, BAGAIMANA PULA UM

Hari ini saya tertarik dengan artikel yang bertajuk gabungan mahasiswa UKM dakwa UKM bukan lagi tempat selamat. Timbul dalam fikiran saya bagaimana pula dengan “UNIVERSITI MALAYA” dan bagaimana dengan tahap keselamatan university yang lain.

Tahap keselamatan kini panas dibincangkan. Kejadian kes jenayah kini kian meningkat dan amat membimbangkan semua pihak. Bagi ibu bapa yang menghantar anak mereka ke university, mereka mengharapkan pihak university menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik agar keselamatan anak mereka terjamin sama ada keselamatan dari segi fizikal mahupun keselamatan dari segi harta benda.

Saya berfikir keselamatan bukan sekadar fizikal dan harta benda sahaja yang perlu diambil berat oleh pihak university. Ia perlulah merangkumi keselamatan akal fikiran, akhlak, sosial dan agama.

Mari saya imbau kembali kes yang pernah berlaku semasa Minggu Haluan Siswa (MHS) sesi 2007/2008 dahulu iaitu di kolej kediaman Ke-12 Universiti Malaya. Modul program MHS yang dijalankan adalah ‘Stupid Debate’ dan tajuk yang dibahaskan adalah berbunyi “bagaimanakah suami yang ‘A’ , yang ada bulu dada ataupun tidak”. Hal ini Amat menyedihkan, golongan muda mudi intelek dan bakal pemimpin masa hadapan diprogramkan sebegini rupa. Persoalannya selamatkah akhlak dan sahsiah mahasiswa dan mahasiswi sekiranya hal ini berlaku. Adakah ia akan berulang?

Kes lain yang dapat saya sebutkan ialah bekas pengetua kolej kediaman ke-10 mengeluarkan kenyataan sehari sebelum pilihanraya kampus (PRK) memgugut pelajarnya bahawa “ sesiapa yang mengundi kepada pihak ProMahasiswa akan dibunag kolej”. Kenyataan yang tidak bertanggugjawab ini memberikan tekanan perasaan dan mahasiswa yang mahu terus tggal di kolej. Sebelum kenyataan itu dikeluarkan Seramai 3 orang penghuni kolej menerima surat pembuangan kolej. Fikirkan keadaan sebegini berlaku lagi masa hadapan. Dimana siswa dan siswi mahu merempat? Bagaimana keselamatan mereka? Sekiranya berlaku perkara yang x dingini siapa harus dipersalahkan?

Selain itu siswa dan siswi juga berada dalam keadaan bimbang dan takut sebaik sahaja mereka mininggalkan motosikal mereka walaupun mereka berada dalam kawasan kampus. Hal ini kerana kecurian kerap kali berlaku. Dimana pihak keselamatan?

Jika mahu menyebut kes jenayah dalam kampus, berbilang kes jenayahyang telah berlaku. Oleh itu pihak university perlulah memantau perkara ini dari berulang dan terus berlaku bagi menjamin keselamatan mahasiswa dari segi akhlak, aqidah, saosial, diri dan harta benda.

Saturday, June 7, 2008

KATA- KATA HIKMAH

1. KATA IMAM HASAN AL-BASRI Orang yang tidak punya etika adalah orang yang tidak berilmu, orang yang tidak punyai kesabaran menanggung derita manjauhi kemaksiatan dan berat manunaikan kewajipan adalah orang yang tidak beragama dan orang yang tak mempunyai sifat warak adalahlah orang yang tak mempunyai kedudukan di sisi Allah.


2. Hidup dalam dua nafas..... nafas naik....... nafas turun....hargailah nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredoan-Nya dalam menggunakannnya. bertaubatlah dalam nafas yang ke-2 kerana mungkin nafas itu yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa roh umtuk memanggil dunia yang fana.




3. "beri hatimu pada Allah pasti Allah akan temukan kamu pemilik terbaik........ hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah. pasti Allah aturkan kehidupanmu dengan baik.



4. kita ALPA apbila fikir dan yakin bahawa : KEJAYAAN itu dalam segulung ijazah@ kerjaya yang baik dan pangkat yang besar@ kekayaan yang melimpah ruah @ pasangan yang cantik @ kacak @ kenderaan yang bagus @ ekonomi yang stabil @ tubuh yang sihat NAMUN ...... KEJAYAAN kita yang hakiki hanyalah di dalam ISLAM ; iaitu taat kepada Allah berpansukan AL-QURAAN & SUNNAH........ kerana dunia hanyalah pelabuhan sementara untuk ke destinasi AKHIRAT yang abadi .



5. Keberkatan dan kemanisan perjuangan hanyalah untuk mereka yang sanggup berjihad dalam kepayahan, mampu berkorban dalam tangisan, rela imannya diujidalam keperitan.




6. Bila kita kesorangan, bukan kita tidak berteman, bahkan jua kita bersendirian .... tapi amal yang sejengkal itu teman, iman yang kukuh itu sahabat.




7. Jika ketenangan dan keredoan-NYA yang dicari Allah akan terus menguji hati kita hingga pada satu masa, kita akan rasa indahnya tawakkal kepada-Nya dan itulah nikmat dalam jagaan-NYA.




8. (IMAM HASSAN AL-BANNA) Andai diumpamakan Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh. Maka aku akan berjalan ke seluruh pelosok dunia bagi mencari jiwa2 muda. Ku x ingin mengutip dengan ramainya bilangan mereka Tp aku ingnkan hati yang ikhlas membantuku dan bersama membina kembali bangunan yang usang itu majadi sebuah bangunan yang tersergam indah .



9. ada masa kita perlu menangis agarkita tahu dunia ini bukanlah hanya untuk ketawa........ ada masa kita perlu ketawa agar kita tahu betapa bernilainya setitis air mata........ dan ada masa kesunyian membuat kita tidak akan pernah lupa betapa bernilainya seseorang teman ibarat permata yang beharga




10. ila hati berjuang keranan Allah dugaan itu tempat bersinggah, keperitan ditelan sebagai juadah, kajayaan dianggap 1 mimpi indah, andai ditakdirkan rebah, hati tetap redha kerana Allah.