Sunday, June 22, 2008

UKM DIDAKWA BUKAN LAGI TEMPAT SELAMAT, BAGAIMANA PULA UM

Hari ini saya tertarik dengan artikel yang bertajuk gabungan mahasiswa UKM dakwa UKM bukan lagi tempat selamat. Timbul dalam fikiran saya bagaimana pula dengan “UNIVERSITI MALAYA” dan bagaimana dengan tahap keselamatan university yang lain.

Tahap keselamatan kini panas dibincangkan. Kejadian kes jenayah kini kian meningkat dan amat membimbangkan semua pihak. Bagi ibu bapa yang menghantar anak mereka ke university, mereka mengharapkan pihak university menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik agar keselamatan anak mereka terjamin sama ada keselamatan dari segi fizikal mahupun keselamatan dari segi harta benda.

Saya berfikir keselamatan bukan sekadar fizikal dan harta benda sahaja yang perlu diambil berat oleh pihak university. Ia perlulah merangkumi keselamatan akal fikiran, akhlak, sosial dan agama.

Mari saya imbau kembali kes yang pernah berlaku semasa Minggu Haluan Siswa (MHS) sesi 2007/2008 dahulu iaitu di kolej kediaman Ke-12 Universiti Malaya. Modul program MHS yang dijalankan adalah ‘Stupid Debate’ dan tajuk yang dibahaskan adalah berbunyi “bagaimanakah suami yang ‘A’ , yang ada bulu dada ataupun tidak”. Hal ini Amat menyedihkan, golongan muda mudi intelek dan bakal pemimpin masa hadapan diprogramkan sebegini rupa. Persoalannya selamatkah akhlak dan sahsiah mahasiswa dan mahasiswi sekiranya hal ini berlaku. Adakah ia akan berulang?

Kes lain yang dapat saya sebutkan ialah bekas pengetua kolej kediaman ke-10 mengeluarkan kenyataan sehari sebelum pilihanraya kampus (PRK) memgugut pelajarnya bahawa “ sesiapa yang mengundi kepada pihak ProMahasiswa akan dibunag kolej”. Kenyataan yang tidak bertanggugjawab ini memberikan tekanan perasaan dan mahasiswa yang mahu terus tggal di kolej. Sebelum kenyataan itu dikeluarkan Seramai 3 orang penghuni kolej menerima surat pembuangan kolej. Fikirkan keadaan sebegini berlaku lagi masa hadapan. Dimana siswa dan siswi mahu merempat? Bagaimana keselamatan mereka? Sekiranya berlaku perkara yang x dingini siapa harus dipersalahkan?

Selain itu siswa dan siswi juga berada dalam keadaan bimbang dan takut sebaik sahaja mereka mininggalkan motosikal mereka walaupun mereka berada dalam kawasan kampus. Hal ini kerana kecurian kerap kali berlaku. Dimana pihak keselamatan?

Jika mahu menyebut kes jenayah dalam kampus, berbilang kes jenayahyang telah berlaku. Oleh itu pihak university perlulah memantau perkara ini dari berulang dan terus berlaku bagi menjamin keselamatan mahasiswa dari segi akhlak, aqidah, saosial, diri dan harta benda.

No comments: